
Ketika login ke Gmail dan Twitter selepas Google melancarkan Buzz nya, aku tengok ramai yang tertanya-tanya apa itu Google Buzz. Lihat sahaja keputusan undian dalam gambar tu. Explore punya explore, rupanya ia lebih kurang sahaja dengan Twitter dan Facebook. Buzz antara topik hangat di Twitter. Betul-betul hangat!
Sama ada suka atau tidak, Google Buzz boleh jadi saingan yang hebat kepada Facebook dan Twitter, maklum sahaja Buzz dimiliki oleh Google, super gergasi.
Sekejap-sekejap, ada sahaja pembaharuan. Ya, Google Buzz masih baby (beta) dan dalam proses perkembangan yang pesat. Budak memang cepat berkembang!
Kamu benci Buzz?
Ok, bagi yang tak berkenan dengan Buzz dan tidak mahu Buzz mengganggu emel kamu, kamu boleh buat macam ni. Iaitu menggunakan filter yang terdapat dalam Gmail.

Create a filter

Pada ruang Has the words: tulis “label:buzz”
Kemudian akan keluar popup window kecil beri amaran, klik ok (walaupun Google kata tak berkesan, sebenarnya ia berkesan untuk ini).
Akhir sekali, tandakan Skip the inbox. Siap. Kamu akan dapati status Buzz tidak lagi akan mengganggu Inbox kamu.
Atau ini pilihan lain untuk yang bencikan Google Buzz, iaitu mematikan fungsi Google Buzz. Lihat bahagian footer emel Gmail, klik pada turn off buzz.

Setelah difikir-fikir kembali, memandangkan Google Buzz adalah integrasi antara emel dan sosial network..aku mula rasakan tahap privasi yang menurun. Following dan follower secara default adalah orang yang paling kerap kita berhubung melalui emel dan secara default, ia ditayangkan kepada umum. Dengan kata lain, ia seolah-olah memberitahu umum dengan siapa kita berhubung. Tidak seperti Facebook atau Twitter yang tidak diintegrasi bersama emel. Adakah Google fikir ianya bagus untuk didedahkan kepada umum dengan siapa aku berhubung?
Apapun, Google Buzz masih baru dan sudah tentu begitu banyak inovasi bakal muncul. Buzz masih baby, dan baby itu sedang membesar mungkin membesar sebagai gergasi.