ZuluTrade is constantly improving its service and is proud to introduce two New Features on the Signal Provider Performance page.

  • Slippage Chart: This new chart displays the average slippage (in pips) each broker has depending on the selected Signal Provider. Slippage occurs when the trade results of a live follower, are less than the results of a Signal Provider. This can happen due to the difference between the feed in a Signal Provider and a Live follower account, or due to execution latencies.

  • Signal Provider Broker: Displays the broker that each Signal Provider uses.

Facebook yang largho

Posted February 10th, 2010.

Sekali lagi aku nak bercakap tentang Facebook. Laman sosial yang aku selalu masuk. Disitu, biasanya aku berhubung dengan kawan-kawan sekolah dan universiti dahulu, termasuklah lecturer-lecturer aku. Ramai juga dari kalangan mereka yang ada dalam list aku. Di situ lah kami berhimpun selain untuk aku dapatkan signal forex daripada trader-trader lain.

Di Facebook, tidak perlu kawan yang ramai. Aku mahu kawan-kawan Facebook yang berkualiti yang boleh beri info berkualiti. Setakat status Facebook seperti “baru lepas breakfast”, “hari ni rasa malas” dan seumpamanya..nak buat apa. Jika wall kamu boleh beri sesuatu yang berguna untuk dikongsi, aku sudah tentu berminat untuk add kamu as friend tidak kisahlah nama kamu Upin dan Ipin.

Apa yang penting dalam laman sosial ialah identiti, tapi tidak semua maklumat diri boleh dipaparkan. Semua adik beradik aku join Facebook, tapi aku tak listkan dalam family tree. Berapa banyak blog dan website yang kita ada tak perlu disenaraikan semuanya. Aku cuma senarai satu core business, dan satu lagi yang aku mahu promot. Ini cara aku di Facebook,

  • Tidak ada orang mahu berkawan dengan anonymous. Aku akan approve jika nama itu nama yang asal atau nickname yang memang digunakan mereka.
  • Tiada orang boleh spam wall aku sebab aku dah tandakan nobody can post on my wall. Jadi, tiada sampah di wall facebook aku.
  • Kecuali gambar-gambar tertentu, sesiapa yang tag aku dan jadikan gambar tersebut tempat chat..maka aku akan remove tag tersebut.
  • Aku tak chat di Facebook. Langsung tak berminat untuk chat di Facebook. Melainkan orang itu seseorang yang aku tahu tidak bersembang kosong. Kerana chat clientnya tidak reliable dan putus-putus.
  • Sesiapa yang spam inbox aku dengan iklan-iklan, mereka akan di remove. Sama juga jika mereka spam wall aku.

Setiap orang ada cara sendiri di laman sosial. Kebelakangan ini ada yang merajuk dgn aku gara-gara aku tak reply chat mesej dorang. hohoho Barulah aku tahu, sensitif rupanya chat mesej tak berbalas ni! Kerana itu jugalah post ini ditulis.

Letak Affiliate Banner di Facebook

Posted February 9th, 2010.

buat duit di facebookNi aku nak kongsikan satu Facebook Apps untuk kamu buat duit di Facebook. Khusus untuk promosi affiliate yang kamu join. Ia adalah applikasi untuk kamu letak banner affiliate di sidebar kiri laman profile Facebook. Haa, alang-alang guna Facebook, biar sampai boleh generate income!

Dalam tahun lepas, ada satu Facebook apps dari PayPal dipanggil PayPal Wishlist Apps yang boleh kamu create duit sehingga USD100 dengan join apps tersebut dan create wishlist kamu. Aku dah terima payment dari PayPal. Kamu dah? Apps di Facebook tu banyak..boleh pilih mana satu nak guna.

Gambar tu ialah contoh banner TNX yang aku letak di sidebar kiri profile aku. hoho Siap ada 3 orang kawan aku kat situ. Saje aku tak crop nak bagi femes dorang.

Ini dia link Facebook Apps tersebut. Gunalah sebaiknya.

Facebook design baru yang menyengalkan

Posted February 7th, 2010.

Ini aku cukup tak suka. Bak kata Najib, berubah-rubah macam cuaca. Facebook interface berubah lagi hari ni. Tadi, sebelum Tok Guru Nik Aziz rasmikan Facebook Tok Guru, interface tu belum berubah, sekarang lepas rasmi Facebook beliau, interface pun berubah. Oh, ada kaitankah? Tak pe, sebab Facebook masih free, maka ia masih boleh digunakan. Kalau kena bayar, memang dah lama aku tinggalkan Facebook dan mungkin beralih angin ke Linkedin ataupun Xing (ops, tapi Xing ada bayaran untuk premium servis mereka, Facebook semua free malah boleh buat duit lagi di Facebook).

Ini ialah Facebook pada 2004.

Dan ini pula Facebook yg terbaru, Februari 2010

Oh ya, mungkin Facebook kerap update interface kerana ingin tunjuk mereka ni kuat bekerja. Jadi, aku sudah tidak hairan. Sekarang yang hairannya ialah..ramai sangat orang kita yang tolong promosi Facebook, termasuklah BabyBlogger. Termasuklah Digi, Celcom dan Maxis dalam iklan-iklan mereka. Golongan biru pun tadi, di UiTM Kampus Machang duk sibuk promosi Facebook dan blog..dalam masa sama golongan hijau duk buat Hi-Tea Kelantan Facebookers.. Agak-agak la, mungkin banyak kelas yang diminta ditunda supaya pelajar-pelajar UiTM Kampus Machang dapat hadir ke talk tersebut. Kesian dorang.. Apapun, Facebook memang lubuk yang bagus untuk marketing.

1