Yihaa! Ni aku nak introduce partner website aku dah siap dgn Instaforex ni. Ni dia url, www.instaasia.com
Agak lama juga masa yg diambil untuk siapkan partner site tu. Tapi ada banyak lagi error dan bugs yang perlu diperbaiki. Tak apalah.
Sekarang aku menjauhkan diri dari matawang Euro. Euro turun lagi, dan ada khabar angin mengatakan German akan menghentikan penggunaan Euro. Entah betul ke tidak, aku pun tak tahu. Maklum tu kan khabar angin. Tapi, khabar angin tu dah beri kesan dah, Euro turun lepas previous low dan dijangka turun lagi ke 1.2400.
Dalam keadaan ini, sesiapa yang swing sell matawang Euro memang boleh menangis kira duit lah! Forex oh forex..
Oh ya, Instaforex Kelantan akan adakan kelas untuk pelanggan-pelanggan dari negeri Kelantan. Trading menggunakan teknik CSR dan juga trading scalping. Scalping ni trading style masuk dan terus keluar bila untung. Kena cara boleh untung kaw kaw dengan teknik scalping yang betul.
Cara nak membolehkan kamu layak untuk hadiri kelas dan belajar forex ialah, buka akaun instaforex dan deposit ke akaun Instaforex kamu sekurang-kurangnya USD60. Pastu boleh pergi kelas. Kelas pertama pada hari Jumaat, jam 10:30 pagi, LIVE TRADING terus dengan sifu forex kat situ. Dan terus buat profit. Kalau jauh nak datang Kelantan, add aku di skype, pastu aku boleh ajar juga. Ni skype id aku: atoqaco. Tapi aku hanya ajar orang yang tak ada basic, lagi senang. Kalau dah otai forex, aku tak nak ajar. Syarat belajar dgn aku sama juga, buka akaun dan deposit ke akaun kamu iaitu deposit modal untuk trading kamu, aku ajar free. Buka akaun disini.

Itu chart 4 jam matawang Euro_Usd. Yang warna biru tu petak aku letak kat situ, keadaan di mana market dalam keadaan panik, aku pun turut panik ketika itu (jam lebih kurang pukul 2 pagi waktu Malaysia). Mana tak panik, aku sell Euro_Jpy, biasanya spread 3 pip, tapi sebaik je aku open position, spread 25 pip!!
Seumur aku trade ni, itu lah keadaan paling panik aku rasa sebaik open position. Lepas sell tu, harga turun gila gila. Semua Yen cross, majoritinya turun dan matawang lain pun terjejas sama. Ada orang kata ada yang silap key in order jual beli saham di Wall Street, tapi itu tak mungkin. Sebabnya, punca sebenarnya ialah apabila Jepun menyatakan hasrat untuk pam 2 trilion yen ke dalam sistem kewangan untuk bantu masalah Greece.
Esoknya mesyuaratla pemimpin-pemimpin Eropah, maka dana pun ditubuhkan untuk membantu matawang Euro dari terus jatuh. Tapi, selepas bantuan tu diberikan, aku tak nampak bantuan itu membantu. Euro_Usd terus jatuh melepasi 23% fibonacci.. support price semua pair ni dah sapu. Perhatikan candle terbaru itu, jika menyamai harga terendah sebelum…samada ia akan breakout menjadikan satu harga terendah baru, atau akan bounce up. Sama sama la kita tengok apa kesudahan masalah Greece ni. Sebetulnya aku harap Euro_Usd akan naik, dan isu Greece selesai sebab bolehlah aku masuk market dengan analisis maca sebelum ni. Sekarang ini, aku rasa banyaknya dipengaruhi oleh fundamental, menjadikan aku tak berani nak trade di Euro ni.
PS: Pemenang contest hari tu aku akan hubungi by emel dalam minggu ni. Yang dapat duit tu, aku akan mintak nombor akaun Maybank. Tahniah. Dan tahniah pada aku yang akan konvo pada 27 hb ni.
Ni satu program buat duit di internet yang pelik sikit. Bukan buat duit dengan menulis seperti Pay Per Post tu, tapi dengan membaca artikel yang ada dalam tu.
Caranya mudah sahaja, kamu sign up dengan Readbud, kemudian pilih kategori artikel yang kamu minat. Maksimum jumlah kategori yang kamu boleh pilih ialah 50 kategori, dan ianya boleh diubah-ubah dalam tempoh setiap 24 jam.
Setiap artikel yang kamu baca, kamu kena bagi rating selepas baca. Cipan-cipan pun kamu boleh dapat USD1 sehari hanya dengan baca artikel di Readbud. Tapi aku pasti, hampir majoritinya “baca” dan rating terus. Hehehe
Readbud akan bayar kamu dengan dua cara. Iaitu wire transfer ataupun PayPal. Aku pilih PayPal sebab senang dan minimum payoutnya ialah USD50. Jadi, katalah minimum sehari kamu dapat “baca” dan buat USD1, maka dalam 50 hari kamu boleh dapat minimum USD50. Sambil-sambil minum kopi pun boleh buat duit dengan Readbud ini. Kalau tak ada akaun PayPal, buka satu di PayPal ni.
Sorang kawan aku join Readbud ni untuk buat modal forex di Instaforex. Dalam minggu depan dia akan mula trading forex di real akaun, menggunakan modal dari Readbud inilah.
