Joomla: Module Google Translate

Posted January 31st, 2010.

Ni satu lagi module untuk Joomla untuk tujuan terjemahan. Walaupun terjemahan Google Translate kadang-kadang agak memeningkan, tapi itu lebih baik ada dari tak ada. Cara gunanya memang simple, dan aku dah guna untuk web Joomla guesthouse aku di Kota Bharu. Kamu boleh tengok di sini. Module ini sesuai untuk Joomla 1.0 dan Joomla 1.5.

Plugin ni kita pasang di module website Joomla. Yang menarik dengan Google Translate ialah ia mampu menterjemah ke pelbagai bahasa dan mudah digunakan. Tapi, aku cadangkan, kalau mahu spesifik kepada beberapa bahasa, lebih baik gunakan Joomfish. Joomfish walaupun penggunaannya tidak mudah, namun kita boleh menterjemah sendiri mengikut maksud yang kita mahu.

Klik sini untuk download.

Jadi, bila dah install di Joomla, kamu cuma ke

Module Manager > New >Gtranslate > Setting kat mana nak letak > Save.

Siap.

Delete link di footer blog

Posted January 29th, 2010.

Aku pernah cakap dulu, sebolehnya untuk blogging ni aku cuma nak keluarkan modal domain dan hosting sahaja. Bukan kedekut, tapi good money management. Kita download yang free, pastu kita edit supaya nampak lain sikit daripada apa yang pencipta themes tu buat.

Cara ini dari segi etika sudah tentu tidak bagus. Ni pun orang yg ajar aku, beliau kata, teknik ini ialah Black Hat technique, cuma sikit sahaja yang kita ubah iaitu kita ubah di bahagian footer.php dalam themes atau template yang kita download percuma tadi. Beliau kata, dibahagian paling bawah blog terdapat, contohnya,

This blog is powered by Wordpress.com, theme designed by dagon.

Jadi, mudah sahaja iaitu kita cuma buka fail footer.php (pertamanya extract dahulu folder yg didownload, dan pilih fail footer.php, right klik dan pilih edit. Biasanya ia akan dibuka dalam note pad, atau PSP Pad. Kemudian gantikan link www.wordpress.com kepada link blog kita, atau apa-apa link yang kita mahu.

Kenapa kita kena ubah? Kerana, bukan kita seorang sahaja yang download themes tersebut. Malah ramai lagi orang lain yang download themes dari tempat yang sama. Jadi, supaya kita nampak lain di mata enjin carian, kita kena ubah sikit supaya nampak unik. Analogi mudahnya begini, apabila dalam satu majlis rasmi yang mana semua orang pakai pakaian rasmi, tiba-tiba seorang pakai pakaian badut..kita tentu akan perasan kewujudan orang itu. Kerana dia unik. Tapi kelau tak nak ubah tak pe.

Smiley comel di Facebook

Posted January 27th, 2010.

Saje aku nak post kan smiley comel-comel yang aku jumpa di Facebook. Benda comel macam ni kita kena simpan, tambah pula bila ada waktu lapang dan bosan macam ni. Horhorhor

(;-)),
Ini jumpa status Zamakhashari Muhamad (Manager di Kelantan Biotech Corp). Simbol orang lelaki pakai kopiah dan berjanggut sedang senyum.

\(-.-)/
Ini pulak daripada Adney Syafiq, simbol budak baru bangun tidor dan sedang menggeliat.

v(^.^)v
simbol peace oleh Becky

(^^)
senyum cute sampai sepet mata

\(^^)/
hooreyy!!

=.=’
penat sampai kuyu mata dan berpeluh

(-.-)
mengantuk dan nak tidur atau sedang tidur

(-.-)
bosan

Nombor muka surat pada blog Wordpress

Posted January 26th, 2010.

Ni post ringkas jek. Berkenaan bagaimana nak letak page number macam yang kat bawah blog ni. Itu kita panggil Page Navigation supaya memudahkan pembaca blog kita atau blog aku berjalan-jalan dalam blog ni. Itu antara fungsi lain yang boleh ditambah selain dari fungsi Older post, newer post yang ada dibawah post blog kita.

Pendekkan cerita, ini antara yang femes lah. Semua blog aku, aku guna plugin page navigation yang itu. Namanya, WP-PageNavi dibuat oleh Lesterchan. Klik di sini dan download. Kemudian upload ke wp-content/plugins blog wordpress anda. Aku upload guna Core-Lite FTP, atau boleh juga guna Filezilla. Barang free ape susah :-)

Kemudian, supaya ia wujud pada blog anda..tambah kod php dibawah.

<?php if(function_exists(‘wp_pagenavi’)) { wp_pagenavi(); } ?>

Biasanya aku letak di footer.php, atau boleh juga letak index.php

Tutorial cara nak guna dan insert dalam blog semua ada dalam pakej free yang korang download tu. Kemudian setting plugin tu boleh dibuat di fungsi Setting dalam back end area blog. Selamat mencoba!

Kenapa saya suka Wordpress?

Posted January 25th, 2010.

Macam soalan budak dalam iklan Petronas dulu..kenapa saya suka negara saya?

Dah tentu apa-apa yang kita buat ada sebabnya.

Aku suka Wordpress kerana:

  • Ada banyak plugin percuma
  • Templatenya senang diedit (cuma kena belajar PHP sikit-sikit)
  • Ada banyak template percuma (download dan upload, kalau perlu edit je)
  • Boleh letak iklan, dan macam-macam lagi
  • Lebih mesra dengan Google, dan juga enjin carian lain
  • Mudah digunakan
  • Platformnya di update secara kerap

Aku mula belajar Wordpress pada akhir tahun 2006, iaitu kalau tak silap ia versi 2.3. Itupun aku tahu dari bacaan Majalah PC. Pada ketika itu, blog masih belum popular. Masyarakat pada pandangan aku masih belum tahu apa beza blog dan website. Sekarang dah berubah, dan tak macam dulu. Kawan-kawan aku di UiTM pun pelik bila aku sebut blog. Aku agak..blog ialah dari gabungan perkataan Web dan log.

Kerana pada awal kewujudan blog, ia adalah blog yang sangat simple dan tidak sebagaimana sekarang. Dulu, blog kebanyakkan blogger guna blog seperti diari. Kerana itu ianya ada term log. Ringkasnya, blog..iaitu dihazafkan We. Jadilah blog.

Blog kini pada pendapat aku lebih popular dibandingkan dengan website. Ini cuma pendapat aku, entah betul atau tidak aku tak pasti. Cuma sekarang, sesetengah orang bila aku cakap aku full time blogger..mereka pandang pelik. Ini mungkin tempias dari blogger-blogger politik tu lah. Kesannya kena juga pada blogger macam aku ni. (T.T) Tak kisahlah..

Jadi, kos keseluruhannya cuma beli domain name, dan hosting sahaja. Lebih kurang RM130 setahun. Iaitu harga domain dot com pada harga RM30, dan hosting yang reliable pada harga RM100. Kalau nak buat web yang canggih manggih, yang guna dreamweaver, photoshop entah apa-apa lagi..itu semua susah. Kena upah orang dan kosnya bukan sikit.

Bunyinya macam aku kedekut? Hah! Memangpun!

Joomla: Plugin untuk pelbagai bahasa

Posted January 23rd, 2010.

Ini antara plugin top untuk Joomla, iaitu plugin untuk buat supaya laman web anda mempunyai pelbagai bahasa. Contohnya anda mahu laman web anda dalam dwi bahasa, iaitu bahasa melayu dan bahasa inggeris. Tak mungkin kita nak bina dua laman web yg berlainan semata kerana mahu dua bahasa bukan?

Jadi cara termudah ialah dengan menggunakan extension yang terdapat untuk Joomla. Ini aku nak cadangkan Joomfish. Kenapa fish dan bukan Joomchicken? Itu aku tak tau =.=”

Boleh je kalau nak guna Google Translate, tapi sepanjang pengalaman aku menggunakan Google Translate, terjemahannya kadang-kadang tidak membawa maksud yang kita mahukan. Bukan itu je, tatabahasa pun berterabur. Silap maklumat, bahaya!

Ini link untuk download Joomfish. Download dan install ke Joomla anda, kemudian belajar untuk menggunakannya di sini. Baca dan ikuti langkah-langkah dalam tutorial tersebut dan cuba praktikkan di laman Joomla anda.

Ingat, terjemahan bukan sahaja pada kandungan artikel, tapi termasuk juga module, menu, nama-nama link dan sebagainya.

Cara menggunakannya agak simple. Tapi simple bukan bermaksud mudah! Follow stepnya dan insya Allah akan menjadi.