Ada sorang kawan aku yg baru bermain-main dgn blog tanya, apa benda Nuffnang? Soalan simple yang biasanya kita-kita anggap orang dah tahu, rupanya tak.
Nuffnang ialah antara tempat paling best bagi blogger-blogger di Malaysia ni..untuk buat duit di internet (mesti ada yang kata, eleh, macam banyak sangat..) Banyak tak banyak aku tak nak cakap, tapi best lah.
Best kerana apa?
Kerana Nuffnang membayar dalam 2 jenis, satu pay per click dan satu lagi ialah click through ratio bonus. Kebiasaannya, ada kempen-kempen pada blog yang keluar dan blogger dibayar apabila kempen tamat. Banyak kah? Ia bergantung kepada trafik. Lagi banyak, banyaklah. Kan dah cakap, Nuffnang antara tempat paling best bagi blogger.
Ada dua membership dalam Nuffnang:
- ordinary member
- gliterrati member
Antara ordinary dan gliterrati ada banyak beza. Bayaran bagi gliterrati dah tentu lebih tinggi daripada ordinary member dan ada beberapa jemputan pada membership jenis tu. Best kan?
Nuffnang juga mempunya fungsi Analytics. Iaitu lebih kurang sama macam Google Analytics tapi jauh lebih simple dan mudah digunakan. Dari situ, jika anda blogger biasa dan mahu semak pelawat ke laman blog anda, jadi bolehlah semak di Nuffnang Analytics. Dari situ, anda boleh tengok pembaca blog tu dari negara mana, refer dari laman web mana, semak inbound link, jumlah pelawat semasa. Ada beberapa lagi yang menarik tentang Nuffnang..anda cuba sendiri..baru tahu macam mana. Lagipun, tak rugi mencuba.
Ini satu tip cara buat duit dengan Nuffnang. Berbeza dengan Google Adsense, Nuffnang cuma ada 3 saiz iklan. Di sidebar kanan blog ini dipanggil Sidebar, di bawah post ini dipanggil between content dan yang panjang lebar dipanggil leaderboard. Tip ni aku dapat dari blogger mana entah, aku lupa. Letak ketiga-tiga jenis saiz iklan. Itu sahaja kemudian tengoklah prestasi Nuffnang. Selamat bernuffnang kepada kawan aku tu.
Ps: Akhir-akhir ni banyak betul dapat emel spam skim cepat kaya.