Ni satu program buat duit di internet yang pelik sikit. Bukan buat duit dengan menulis seperti Pay Per Post tu, tapi dengan membaca artikel yang ada dalam tu.
Caranya mudah sahaja, kamu sign up dengan Readbud, kemudian pilih kategori artikel yang kamu minat. Maksimum jumlah kategori yang kamu boleh pilih ialah 50 kategori, dan ianya boleh diubah-ubah dalam tempoh setiap 24 jam.
Setiap artikel yang kamu baca, kamu kena bagi rating selepas baca. Cipan-cipan pun kamu boleh dapat USD1 sehari hanya dengan baca artikel di Readbud. Tapi aku pasti, hampir majoritinya “baca” dan rating terus. Hehehe
Readbud akan bayar kamu dengan dua cara. Iaitu wire transfer ataupun PayPal. Aku pilih PayPal sebab senang dan minimum payoutnya ialah USD50. Jadi, katalah minimum sehari kamu dapat “baca” dan buat USD1, maka dalam 50 hari kamu boleh dapat minimum USD50. Sambil-sambil minum kopi pun boleh buat duit dengan Readbud ini. Kalau tak ada akaun PayPal, buka satu di PayPal ni.
Sorang kawan aku join Readbud ni untuk buat modal forex di Instaforex. Dalam minggu depan dia akan mula trading forex di real akaun, menggunakan modal dari Readbud inilah.






