TV3 dah minta maaf untuk IKLAN RAYA mereka

September 5th, 2010 by BabyFx | Posted under Berita berkaitan, Social Networking, Twitter.

TV3 dihatimu sudah meminta maaf dalam Buletin Utama tadi, dan iklan tersebut sudah pun ditarik balik oleh pihak TV3.

Sebelumnya TV3 cuma delete iklan tu dari Facebook Video dan fan page mereka, sekarang dah tak disiarkan. Itu sudah bagus.

Waa.. aku banyak jugak buat bising di wall TV3 Malaysia Facebook Fan Page mereka yang pada ketika itu ada lebih 270,000 orang yang LIKE. Pertama kali aku tahu pasal iklan raya TV3 yang kontroversi ni ialah jam 3 pagi, pada 4 haribulan lepas sorang kawan tanya pendapat aku (aku sangat jarang tengok TV sebab hampir sepanjang masa aku online). Pastu aku pun post link tu di Facebook dan mentag-tag orang-orang yang berkenaan, dan yang suka buat bising di Facebook, dan dikongsi oleh rakan-rakan lain. Dan aku percaya ia telah dikongsi oleh Facebookers lain sebelum aku. Maka mulalah acara serangan terhadap iklan TV3 2010 oleh gerombolan Facebookers, Twitteres dan Bloggers yang prihatin.

Malangnya, selepas seketika aku dapati aku tak boleh buat bising lagi di Facebook mereka. Yeah, aku dah kena block. Dan wall mereka pun tak boleh kita nak tulis apa-apa lagi.

Dan sekarang, ada perkembangan lain pulak. Link Fan Page TV3 langsung dah error. Oh, adakah mereka sudah delete fan page tersebut? Macam dah delete je fan page tersebut, kan. Tiada lain, reaksi menutup malu? :-)

PS: Dulu kita bising pasal iluminati dalam AJL, tv3 tak minta maaf.. dan kali ini, sebetulnya tamparan yang maha hebat.

Comments

23 Responses to “TV3 dah minta maaf untuk IKLAN RAYA mereka”
  1. baguslah tu tv3 tutup fb mereka.ternyata orang atasan mereka telinga mereka memang cepat panas.jom tgk post saya kat innit.dah nang awak
    mohammednajib´s last blog ..Awas Blogger Semua-Berhati-hati dengan Artikel anda My ComLuv Profile

  2. nak jaga periuk nasi sendiri, kang kena ban dengan 1malaysia baru tau tv3 ni

  3. Wan Gerrard says:

    Wah, bagus la dah di tarik balik iklan tu. Siapa la orang yang buat tu =P

  4. Sharkox says:

    Owh, dah tarik balik ye….
    bagus la dengar cakap penonton setia…
    memang tah ape2 lah iklan tu

    -sharkox-
    Cerita Jejaka Hensem dari Sintok

  5. Ismail says:

    This is the person in-charge of TV# commercial and marketing:
    http://mymsa.ipnhub.com/mma2010/shereen_ooi.htm

  6. BabyFx says:

    encik ismail, terima kasih atas pencerahan ni.

  7. lanunsepet says:

    mmg tamparan hebat buat TV3..
    patutlar aku try buka tadi link biasa ke fanpage tv3 tak leh..

    rasakan TV3.. ikut sgt iluminati tu.
    lanunsepet´s last blog ..Terbaru Di Blogger – PageViews Counter Stat dan Post Paling Popular My ComLuv Profile

  8. Sir Marcello says:

    puas hati aku…yang ajl tue memang tak jelas sangat…makcik2 kat umah mana tau..

    tapi iklan nie sudah terang lagi bersuluh…semua orang nampak
    Sir Marcello´s last blog ..Dulu Johor Sekarang Sabah!! My ComLuv Profile

  9. sharinginfoz says:

    di harap ianya tak berlaku lagi di masa akan datang. thanks for the link on the news

    Website TV3 Diserang?

  10. DaHLia says:

    yeahhh ini yang kita mahukan!
    nasib baik xsempat menyeluruh ke pelusuk alam lagi iklan ni…huhu
    DaHLia´s last blog ..Addicted to Jala Emas @ Urat Emas yang tak boleh digadai! My ComLuv Profile

  11. kisahsensasi says:

    hmmmm…. akhirnya diorang akur gak kan…. alah benda betul nak tak nak tindakan tarik balik terpaksa diorang buat

  12. yehaaa…. ini menunjukkan kita sebagai rakyat/individu boleh bersatu membetulkan perkara AKIDAH nie

  13. dianafisa81 says:

    semalam baru merasa tgk berita tv3..kalau tak asik tgk cd ipin upin je…terkejut pulak dengar tiba2 mintak maaf..so pagi ni terus cari iklan yg dimaksudkan tu…mmg sesuai ditarik balik

  14. Soda Zine says:

    Salam.
    Lepas ni kena kaji dahulu secara menyeluruh baru release iklan tersebut.
    fuh~
    Soda Zine´s last blog ..Video – Monoloque &amp Atilia Kekanda Adinda My ComLuv Profile

  15. Dila.13 says:

    Babyfx, thanks for this really great post. mintak share link ke FB ye :)

  16. BabyFx says:

    sama-sama, silakan Dila

  17. Khairi says:

    Bagus2, jgn bagi muka kat depa.
    Khairi´s last blog ..Ada apa dengan HT-C453 Samsung Home Theater My ComLuv Profile

  18. rashid says:

    Korang tak tau ke tv3 salah satu penyebar iluminati…just becareful guys..
    rashid´s last blog ..Bercouple Dan Etika Pergaulan Lelaki dan Wanita Dalam Islam My ComLuv Profile

  19. BabyFx says:

    rashid, pernah sy baca dulu berkenaan ini. tp sumbernya sy tak jelas

  20. Mr J says:

    satu pengajaran yang besar terhadap TV3.

  21. harap ini akan jadi pengajaran..grand brilliance dah tarik video nie dari youtube :) ..

    HAI ALL..KOLEKSI KISAH2 PALING KELAKAR DI http://www.awan-fantasia.blogspot.com :)

Do you have any comments on TV3 dah minta maaf untuk IKLAN RAYA mereka ?

Emailkan saya komen seterusnya