Minggu lepas ada aku saja-saja buka akaun dengan Liteforex, sebab nak test Liteforex punya platform untuk trade forex ni. Tapi belum deposit lagi ke akaun tu..
Tiba-tiba je semalam aku terima emel dari Liteforex.. announcement la bahawa Liteforex kini menerima deposit melalui Okpay. Okpay ni sama macam PayPal, sama macam Perfect Money. Online payment processing tool..
Memandangkan Liteforex dah menerima Okpay, maka Liteforex telah secara automatik tolong create akaun Okpay untuk pelanggan-pelanggan mereka. Dan Okpay sebagai menghargainya, telah memberi bonus USD5 kepada pelanggan-pelanggan Liteforex. USD5 je, tak banyak pun.
So, aku pun cek lah akaun Okpay aku.. dan memang ada sebagaimana yg mereka maklumkan dalam emel mereka. hehehehe

Jadi, sekarang tak pasal-pasal dalam akaun Okpay aku ada lebihan USD5. Lebih kurang RM15 kan. Tak banyak kan.
Tapi tawaran lain yang best kesan dari usahasama Liteforex dan Okpay ini ialah, mana-mana trader yang deposit sekurang-kurangnya USD300 ke akaun trading mereka akan dapat bonus 30% daripada deposit pertama. Haaa! Ini lah yang menarik.
Maknanya, bonus USD90 lah bagi USD300 deposit ni. Macam bagus sahaja ofer ni, nasib baiklah aku belum deposit awal-awal hari tu, kalau tak mesti tak dapat bonus ni. Yezzzaa!






