Iklan Aidilfitri TV3 2010.. boleh pesong akidah

September 4th, 2010 by BabyFx | Posted under BabyBlogger.

Sudah tonton iklan Aidilfitri TV3 2010 ni? Jika belum tonton, kena tonton bagaimana akidah kanak-kanak boleh terpesong dengan menonton iklan Aidilfitri TV3 kali ini.

Gambar pakcik turun dari langit, seolah Santa Claus turun dari langit, naik kereta berkuda dan gaya budak perempuan menggerakkan tangan tu isyarat naik kuda terbang.. itu semua tidak lebih dari ciri-ciri Kristianiti yang cuba diterapkan dalam minda anak-anak kita. Manakala bunga-bunga teratai itu ciri-ciri Budha yg diterapkan, dan seolah-olah ada pari-pari berterbangan di udara, kita di sini simbol raya orang kita ialah pelita..bukan bunga teratai dan lilin. Tapi pelita tak kelihatan pulak!

Mana mungkin mereka tak perasan hal ni? Dan bagaimana iklan Krismas boleh digubah jadi iklan Aidilfitri? Atau penangan 1Malaysia menjadikannya begini?

Secara keseluruhan pandangan aku yang baby ni, iklan tersebut tidak lain menyelit unsur kristian, hindu, buddha. Satu taktik halus dan tersembunyi untuk memesongkan mempengaruhi aqidah generasi baru, dengan penonjolan kanak-kanak sebagai pelakon yang hidup dalam khayalan.

Comments

19 Responses to “Iklan Aidilfitri TV3 2010.. boleh pesong akidah”
  1. ProfHariz says:

    Wallahualam.. memang agak adalah :)
    ProfHariz´s last blog ..Lagu Raya Pilihan Hati My ComLuv Profile

  2. iklan tv3 bodooo says:

    pak pak mufti jgn duk diam wei.. budak2 mmg suke ni tp budak tak tau mana boleh rosak akidah ke tak. kita yg besar ni jgn bodo la. tv3 kena sensitif hal ni. hal ibadat x leh dicampur2 dlm agama2 lain.. sembahyang mana leh wat dlm gereja!

  3. Ahmad Zaki says:

    Assalamualaikum..,

    Iklan itu kreatif tapi salah pengisiannya. Hanya kerana memuja slogan “1Malaysia”, dirojakkan budaya serta adat resam agama lain ke dalam perayaan suci Islam. Ini sesat lagi menyesatkan. Boleh menggelincirkan akidah orang Islam, terutamanya kanak-kanak yang kurang mengaji agama kerana asyik kena hafal lagu patriotik.

    Hentikan iklan itu…!!!
    Ahmad Zaki´s last blog ..Duit raya dari MyeCash My ComLuv Profile

  4. amalina says:

    1malaysia katakan~
    *sinis*
    amalina´s last blog ..72 My ComLuv Profile

  5. Ummi Hanie says:

    aah laa..ni 1st time tgk…
    knape mcm santaclaus dan knpe bunga tratai???
    Ummi Hanie´s last blog ..Terima kasih pemberi-pemberi award My ComLuv Profile

  6. BabyFx says:

    Ummi Hanie.. lihat dah cuba hayati video tersebut. semoga nanti ada pencerahan kpd saudari

  7. roziela says:

    saya pn x brapa berkenan dngn iklan gitu..
    walau dh zaman milenium, tradisi raya xkan jd sebegitu rupa lagaknya walau pn dlm mimpi..
    roziela´s last blog ..5 Sensitive Skin Care Tips My ComLuv Profile

  8. kak ina kl says:

    terlampau kreatiflah mereka ni..sabar ajerlah..

    akak tak power..tapi kena berusaha bila nakkan hasil dari berblogging.

  9. Myvi says:

    Perlu lebih berhati-hati dalam memasukkan pengisian …minda kanak-kanak terlalu sensitif… mudah percaya dengan apa yang dilihat. Lebih-lebih lagi yang menarik dan fantasi..sekadar berkongsi =)
    Myvi´s last blog ..Kisah Iblis Menangis Di Hari Raya My ComLuv Profile

  10. anum_asmona says:

    teringin aku nk tau siapa lah yg buat iklan nih..adakah beliau org islam?..ish2 menyesatkn btl lah.

  11. tam says:

    malangnya kalau org islam sendiri yang memesongkan akidah umat sendiri..

  12. Ismail says:

    This is the person in-charge of TV3 commercial and marketing:
    http://mymsa.ipnhub.com/mma2010/shereen_ooi.htm

  13. najib says:

    saya setuju dengan ape yang dikatakan oleh tuan blogger.. tapi ape pun kita tunggu ape penjelasan dato farid ridzuan berkenaan isu ni.. Iklan sangat kreatif, tetapi sangat memberi kesan kepada anak2 muda penyambung budaya dan agama. Anak2 kecil bagai kain putih, mereka menerima sahaja. Sangat pelik iklan sebegini diterima sebulat suara oleh TV3. Sekarang, kita sudah tau bagaimana media kita.

  14. dianafisa81 says:

    takde kene mengena dgn hari raya kite pon…sape la punye idea yg tak bernas ni
    dianafisa81´s last blog ..meja kerja seorang perokok tegar My ComLuv Profile

  15. zaza_aira says:

    bagus2…skrang terang lg bersuluh kte trlalu mengagungkn satu malaysia..konOn..satu Malaysia boleh pd bAngsa tp bukAn pd Agama…mEngertilah umat iSlam kte seDang DIJAJAH bukan MENJAJAH….

Do you have any comments on Iklan Aidilfitri TV3 2010.. boleh pesong akidah ?

Emailkan saya komen seterusnya