Agak hangat sekarang ni orang bercakap tentang program buat duit dengan letak banner dapat USD30 sebulan. Ya, kadar yang agak mahal bukan? Ini timbul dari cakap-cakap Rohaizad di blognya.
Aku belum beli lagi ebook Rohaizad ni, dan aku pun tak pasti program letak banner dapat USD30 mana yang beliau maksudkan. Kerana, beliau memang buat gempak dan memang rahsia, dan nama domainnya pun rahsia reward.
Baiklah, ini versi aku dan aku tak pasti samada program letak banner yang aku join ni adalah sama dengan letak banner dapat USD30 sebagaimana dimaklumkan Rohaizad atau Wanmus.
Syaratnya memang mudah, iaitu laman web atau blog anda mempunyai PR3 (eh, Rohaizad pun cakap ianya RP3 juga bukan?) Bayarannya ialah nilai PR anda didarab dengan USD10. Memandangkan minimum syarat untuk menyertai program itu ialah blog atau web anda ber PR 3 paling minimum, maka income bulanan anda ialah USD30. Jelas? Senang bukan, sebagaimana formula ditunjukkan dalam gambar dibawah
Bagaimana jika PR anda 4? Senang sahaja, darab dengan 4 maka anda akan dapat USD40 sebulan.

Apakah program yang aku cakap ni?

Aku bercakap tentang program Perfect Money, iaitu program online payment processing sama macam PayPal. Iaitu program iklankan banner Perfect Money dalam blog atau web anda yang ada PR3 dengan kata lain “paid to put out Perfect Money logo”. Anda letak logo Maybank2u, PayPal, BankIslam biz dapat bayaran tak? Tak dapat kan. Tapi dengan Perfect Money, mereka bayar.
Bagaimana nak sertainya?
Pertama sekali ialah, pastikan blog atau web anda mempunyai PR minimum 3 barulah layak untuk letak banner dapat USD30 sebulan ni.
Kemudian, register di Perfect Money. Isi borang dan lepas tu log in ke akaun anda, dan di scroll ke bawah laman web tersebut, anda akan jumpa footer, klik pada PM for business.
Kemudian, pilih fungsi seperti dibawah dan tandakan petak tersebut
Yezzz, Anda semakin hampir dengan letak banner dapat USD30
Kemudian, macam program affiliate lain, copy dan paste code html affiliate dalam blog anda. Jap, saiz banner ada banyak tapi yang dibayar ialah banner bersaiz 150×75.
Nak detail lagi, kamu beli sahaja buku dari Rohaizad, bukan mahal..cuma RM70. Mesti ada tip bagus yang beliau boleh kongsi dari ebook beliau.
Panjang jugak post aku hari ni, cukup setakat ni. Aku nak pergi Bazar Iftar di Kota Bharu jap.







erm macam mana nak tau kita punye nilai page rank ye?
hello,
macam-macam sekarang nih, inilah dunia blogging. Macam-macam cara untuk menjana pendapatan.
Ronald mohoni´s last blog ..Pakej Software Newbie
boleh cek dr sini sabree http://www.prchecker.info/check_page_rank.php
ermm sangat menarik..
sayangnya, PR saya dr PR3 balik ke PR0…baru tukar domain
DaHLia´s last blog ..Addicted to Jala Emas @ Urat Emas yang tak boleh digadai!
ehehe nti lama2 naik la tu. blog ni lagila..x de pr pun
wah! anda dah membocorkan rahsiareward. Jadi x perlulah aku beli lagi ebook tu kalu setakat nak kabor program tu name perfect money and perlukan minimum pr3. betul dok?
encik bocor..aku tak pasti rahsiareward tu sama ke tak dengan perfect money yg ni… sbb mereka tak maklumkan nama program tu.. cuma screenshot income tu memang sama la dgn testimoni tu. tak caya cuba register dan tengok bahagian akaun tu.. samake dgn dlm web tu