
Pertama kali aku bercakap pasal Fiverr ialah di status Facebook aku iaitu lebih kurang awal tahun ni. Lepas tu, diruangan komen tu ada yg suruh aku pergi klinik, makan ubat..mungkin sebab mereka fikir Fiverr tu aku maksudkan Fever “demam” tu.
Sekarang alternatif yang lagi bagus dari Fiverr ialah Zeerk.com. Kenapa aku cakap macam tu? Sebetulnya di Fiverr.com memang aku ada buat duit, walaupun tidaklah dapat USD100 tiap-tiap kali log in Fiverr tapi cukuplah untuk buat duit di internet kan? Maklumlah, full time buat duit di internet macam aku ni macam ni la kerjanya.
Ni dia kelebihan Zeerk yang tak ada pada Fiverr.
- Daily cashout atau daily payment. Jual hari ni, hari ni dapat duit. Di Fiverr, jual hari ni…15 hari baru dapat duit.
- Gig berharga USD5 tak dikenakan caj oleh Zeerk. Di Fiverr, anda (dan aku) dicaj USD1 maka untung atas jualan bg sellers ialah USD4
- Harga yang fleksibel.. kita boleh caj servis kita berkadaran dengan tahap senang atau susah. Kalau susah caj tinggi sikit.. USD10 ke..tapi maksimum USD25. Manakala di Fiverr, tak kiralah senang atau susah servis kamu, semuanya kekal pada harga USD5. Macam kedai RM2.
- Ada premium sellers. Setiap gig yang dipost kamu akan dibayar USD1. Inilah yg paling best
- Boleh log in dengan Facebook, Twitter (follow aku di Twitter please..), Open ID. Manakala di Fiverr boleh connect di Facebook.
Jadi boleh pilih mana-mana yang berkenan jika anda ada servis untuk dijual. Sekarang alternatif sudah ada. Yang tak ada mungkin idea
Nak jual apa di Fiverr atau Zeerk?
Antara gig yang pernah aku jual ialah.. ” I will create and invite 1000 person to your Facebook Fan Page for USD5″. Anda mungkin fikir, eleh buat fan page pun nak bising.. tapi nak buat macam mana, memang ada orang beli.







hoho..zeerk ni aku penah dengar. Cuma tak sempat nak join aje.
titan´s last blog ..Dalai Lama – Sleep is the best meditation
owner zeerk ni asalnya pekerja fiverr.. sbb tu dia nampak kelemahan fiverr. join je titan, buat kelas online TNX ke.. caj yg mahal sikit usd25
aku memang ada wat PC untuk Tnx tu. Tapi yang dekat-dekat aje. Yang jauh-jauh atau onlie ni, aku dah malas nak wat. Takde masa sangat la..
titan´s last blog ..Komisen Pertama dari Paid-to-Promotenet