Blog ni memang panas dengan keyword Intelfx. Memandangkan kalian mahu maklumat tersebut, aku publish di sini, luahan hati pemilik Intelfx. Baca dan fahami.
Penjelasan dari Mr. Azuan (salah seorang owner) mbuatkan aku terpikir, apa salahnya kita memberi peluang kepada anak tempatan ini mbuktikan wawasannya? Adalah sgt sukar utk melihat seorang anak tempatan berjaya menubuhkan sebuah syarikat forex, dan kini beliau membuktikan ianya bukan sekadar angan2 kosong.
Ok, Intel FX ni dulunyer hanya lah White Label kepada FXCBS dan merupakan company yg register di Dominica. Selepas kami kene byr komisen yg amat banyak pada FXCBS, kami pon ambil keputusan utk blah.
Selepas tu, Sergey pon dtg, katenyer dia nak support untuk pastikan IntelFX ni berjalan semula. Sbb aku kerja ngan LiteForex sblm ni..so kami pon bincanglah ape yg patut..Lepas tu, kami ambik keputusan utk bukak balik Intel FX ni selepas kami tutup utk 3 bulan.
semua duit tu ader ngan kami lagi dan sebahagian dah di FXCBS. kami mmg bertanggungjawab penuh atas semua fund yg dimasukkan kepada kami sehingga hari ni kami masih simpan senarai customer yg masih ader duit dlm akaun tu.
OK mengenai Sergey Mayzus..dia adalah owner kepada FLYSUN HOLDINGS LIMITED dan merupakan holding untuk UWCFX, LFX, INSTAFOREX, FOREX HUNT dan INTELFX. semua pegangan share adalah kepunyaan FLYSUN HOLDINGS LIMITED sebanyak 35%.
Ok disini, FLYSUN HOLDINGS LIMITED bukan lah kepunyaan Sergey seorang tp ramai shareholder. Sekarang, Intel FX telah mendapat kelulusan dari pengarah syarikat untuk menjalankan broker sdr dan aku adalah pengarah syarikat ni dengan pegangan shareholder 65% dan 35% kepunyaan FLYSUN HOLDINGS LIMITED. Modal berbayar sahaja kami mempunyai lebih dari jutaan dollar utk menjalankan syarikat ni. Utk membuka Intel FX bukan modal yang murah, aku sendiri terpaksa mengeluarkan lebih dari RM2 juta dalam syarikat ni dan selebihnya modal dibayai oleh FLYSUN HOLDINGS LIMITED. modal mmg byk sgt2 dan melebihi jutaan dollars.
Intel FX ni sememangnya kepunyaan 3 org tetapi lagi 2 org hanyalah sleeping partners sbb dia pon ader broker sdr dah. Sbb malaysia market ni mmg bagus, so aku pon ambil keputusan utk menyekat pengeluaran wang dari malaysia dan juga berjanji akan memperbaiki segala kelemahan broker2 lain. dengan ini, bolehlah aku membuat keputusan sdr utk kebaikan trader2 malaysia sdr. kalo dulu mintak itu, mintak ini xdpt, skg aku dah blh buat sdr dah, janji customer bahagia dan selesa trade ngan Intel FX. itu jer. lgpon buat ape aku nak scam korang, aku dok Malaysia jugak lah, ader sini pon..hehehe. Mengenai lesen dari NZ. ianya xseteruk lesen dari Mauritius, Panama, BVI, Cyprus dan lain2 tempat yg terkenal ngan offshore nyer.Di NZ, kami dapat lesen dari Register of Companies di Aukland NZ. kalo la btl lesen ni xsah, maka ngan rasminyer, semua lesen perniagaan dari register of companies di sana 100% xlaku..tp pernah ke NZ? Industy pelacuran pon dapat lesen tau. xcaya pergi sdr dan lihat dan anda akan terkejut..hehehe.(aku xmasuk tau-usha jer dr luar pintu )
Ok..kalo nak ckp Intel FX ni semua xberani nak masuk deposit dan trade sbb takut scam atau bankrup, bolehlah semua broker lain2 yg dibawah bumbung FLYSUN HOLDINGS LIMITED tu tutup skali. sbbnyer, kalo dah shareholdernyer xmampu nak byr company dibawah naungan dia, buat ape dia jadi ibu syarikat kepada 4 broker lain? Ok la..xnak dah teragkan panjang2 lagi..semua terpulang…ngan broker mana nak trade, trade lah, kami bkn marah pon atau dengki. Semua ader pilihan janji semua trade dengan aman…dah la kite kat sini panas, sian kepada semua yg cari mkn nagn Forex ni sbb dari senarai yg aku ader, Alhamdullilah, ramai org kite untung dlm Forex ni. Teruskan usaha dan tingkatkan prestasi anda. Assalamualaikum. -Mr. Azuan (owner of Intelfx) -tepuk dada tanya hati, sekurang2nya perundangan lebih kuat jika melibatkan rakyat tempatan.Peace.
http://www.facebook.com/intelfx
Aku jumpa di forum dan copy dan paste kat sini.. linknya lupa pulak nak copy.. tp cukuplah sbg rujukan kita bersama.







Aku percaya Azuan tipu dalam statement yang dia bagi.
Aku sangat sangat percaya beliau berbohong.
dukeleto´s last blog ..How to make your blog addictive like Warcraft !
2 orang kawan aku keje di Intelfx Kota Bharu ofis..main ofis.
Babyblogger´s last blog ..Dealerr- lagi tempat jual skill
mr Azuan x tipu t..btul ler per dia bgtau..aku sdiri telah contact nga pegwai SSM NZ..dia dh sahkan pn..aku trace kt sn pn dpt..cuma pada ms n..dia kt FNZ blum dpt lesen dr SC sn jer..wlaupun xder, dia kt kt NZ boleh buat bisnes forex n..tp sebaik2nyer kena dpt lesen SC sn dl..biar legal…
tipu ke? wdraw aku jalan je…
xde scam2 la.. nk sedap kan hati pegi je ofis azuan kat kb tu jumpa mata senang.. xperlu nak cerita2 kt blkg try dlu br kata scam ke tidak..
aku dop cakap pun scam tu der..kawan aku 2 org keje situ le
Jgn takut sy dah cuba keluarkan profit smlm..Ok aje.Tak smpai 30 minit dah dpt.Sybas En Azuan…..Hidup FOREX MALAYSIA.
Salam. Thanks untk info ni.. Aku x pasti samaada scam atau x.. Stakat ni aku widthdraw ok je.. Xde masaalah.. Kdg2 x smpi sejam.. Kdg2 je lewat sket, kluokn mlm, pg esknye baru dpt.. Tp dr cerita membe aku, die ckp scam sbb nk widthdraw 2k xdpt pn.. Pastu baca kt facebook intel ni ade org komplen widthdraw 500 dh stgh bulan xdpt lg.. Aku harap encik azuan ni x membohong sesama kite la ye.. Kalo membohong aku bako umah die.. Hªªhªhªªhªªhªhªª!!
saiful- aku rasa kawan ko yg tak dapat widthdraw tu lebih baik reffer kat dia punya IB…lagi senang….
So far IntelFx memang cepat buat transaction, manually ataupun guna web. Trading manual close pun memang instant. Customer servis dia memang efficient dan knowledgeable. One of them terangkan kat aku camana cara nak kira margin used. Seorang lagi dah dlm speed dial aku, Cik Faizah, dia ni cepat je masukkan atau keluarkan fund bila kita call…… Syabas bro Azuan.
Harap maintain walaupun bila dah pulang modal nanti.
salam..para trader Intelfx.
saya pun tak sure bab ni..tetapi bila saya check dalam internet ada nama broker intelfx. ditulis trusted lagi sebab guna mt4 kut…apa pun bila saya dan rakan melakukan withdrawal….memang pantas…..cuba gift aje belum dapat hehehehhe.
kalau rakan-rakan rajin, lawat la blog saya ….tq
www,jockeypip.blogspot.com
aloh la. dah keluar carigold pulak blogpost ni..
scam la scam. ada hari tu aku gi la ofis dorang kononnya pelancaran dan pembukaan opis dia di tepi tesco KB tuh. pas tu, dapat free akaun usd100. pastu aku guna la akaun tu wat trade. dah profit tu, tetiba akaun x buleh log in. bila tanya dorang cakap server kena hack. haktuih.
dah jangan caya lagi. klu x nak bagi free akaun,baik jgn bagi awal2. pastu pandai2 pulak cakap server kena hack. kang kena hack betul baru padan muka korang. btw, klu betul kena hack, maknanya keselamatan akaun trader di intelfx ni x selamat. sbb senang kena hack.
atoqa:- betul ke blogpost saya ada dlm carigold, sbb saya tak pernah reg dalam carigold pun…hehheeheh
apa yg dh jd dgn IntelFX skrg ni? Tuan Atoqa ada apa2 maklumat ke pasal broker ni skrg ni? duit wdrw dh berminggu2 sangkut..office tutup..another broker scammer ke ni?
susah la buat bisnes dgn org melayu cmni..bila dh support mcm ni la jadinya…dekat forum CariGold tu tuan punya broker atau wakil langsung tak tampil beri penjelasan apa yg sebenarnya berlaku..ke owner dh lari luar negeri dgn duit2 trader semua???
100% scam. broker melayu yang merosakkan melayu sendiri. saya mengharamkan setiap sen wang saya yang masuk dalam poket owner intelfx. kalau mati nanti mayat dia berulat/terlalu aib, itu dari perbuatan dia.