Nasib Euro ni macam mana? Contest dan Konvo..

May 13th, 2010 by BabyFx | Posted under BabyBlogger, Berita berkaitan.

Itu chart 4 jam matawang Euro_Usd.  Yang warna biru tu petak aku letak kat situ, keadaan di mana market dalam keadaan panik, aku pun turut panik ketika itu (jam lebih kurang pukul 2 pagi waktu Malaysia). Mana tak panik, aku sell Euro_Jpy, biasanya spread 3 pip, tapi sebaik je aku open position, spread 25 pip!!

Seumur aku trade ni, itu lah keadaan paling panik aku rasa sebaik open position. Lepas sell tu, harga turun gila gila. Semua Yen cross, majoritinya turun dan matawang lain pun terjejas sama. Ada orang kata ada yang silap key in order jual beli saham di Wall Street, tapi itu tak mungkin. Sebabnya, punca sebenarnya ialah apabila Jepun menyatakan hasrat untuk pam 2 trilion yen ke dalam sistem kewangan untuk bantu masalah Greece.

Esoknya mesyuaratla pemimpin-pemimpin Eropah, maka dana pun ditubuhkan untuk membantu matawang Euro dari terus jatuh. Tapi, selepas bantuan tu diberikan, aku tak nampak bantuan itu membantu. Euro_Usd terus jatuh melepasi 23% fibonacci.. support price semua pair ni dah sapu. Perhatikan candle terbaru itu, jika menyamai harga terendah sebelum…samada ia akan breakout menjadikan satu harga terendah baru, atau akan bounce up.  Sama sama la kita tengok apa kesudahan masalah Greece ni. Sebetulnya aku harap Euro_Usd akan naik, dan isu Greece selesai sebab bolehlah aku masuk market dengan analisis maca sebelum ni. Sekarang ini, aku rasa banyaknya dipengaruhi oleh fundamental, menjadikan aku tak berani nak trade di Euro ni.

PS: Pemenang contest hari tu aku akan hubungi by emel dalam minggu ni. Yang dapat duit tu, aku akan mintak nombor akaun Maybank. Tahniah. Dan tahniah pada aku yang akan konvo pada 27 hb ni.

Comments

7 Responses to “Nasib Euro ni macam mana? Contest dan Konvo..”
  1. malabaek says:

    wow congratsss n happy berkonvo
    malabaek´s last blog ..PAHAM TAK AGAK-AGAK? My ComLuv Profile

  2. hans says:

    sapa yg menang?

  3. amri says:

    dio ken dah cakap yg meng akn dimaklumkn kot emel. org kta forex ni risiko tinggi, boleh x sya nak belajar dgn bro? berapa yurannya?

  4. atoqa says:

    asas forex boleh baca di http://www.babypips.com dan lepas tu rujuk2 la website forex. bila dah faham basic contact aku

  5. samsul says:

    salam bro. betul kew forex ni indah kabar dari rupa?
    maksudmya banyak rugi dari untung?

  6. atoqa says:

    semuanya bergantung kpd trader.

  7. Amy says:

    wow congratsss n happy berkonvo
    malabaek´s last blog ..PAHAM TAK AGAK-AGAK? My ComLuv Profile

Do you have any comments on Nasib Euro ni macam mana? Contest dan Konvo.. ?

Emailkan saya komen seterusnya