Kelas forex online..free pulak tu.

March 28th, 2010 by BabyFx | Posted under Money Making.

Lama juga tak update blog ni. Dua tiga menjak ni aku ajar 6 orang serentak belajar forex ngan aku. Belajar free online, tak tahulah kenapa aku ajar free..mungkin sebab nak sharing sahaja kot. Sedangkan kelas forex biasa pun dah caj RM400 sehari..aku bagi free. Marah mak aku.

Sekarang ni aku baru habis baca post-post contest kelantan best. Ada satu dua post yang memikat hati aku. Aku agak, daripada semua post setakat ini, dua post itu dah boleh jadi pemenang, kalau tak ada lagi yang lagi best dari mereka. Olahan menarik. So, aku pun dah mula rasa nak tutup contest tu, iaitu akhir Mei 2010. Sebab akhir Mei ialah kerana..tarikh itulah aku akan Konvokesyen. Jadi, sempena aku konvo..aku bagi je hadiah tersebut. Pemenangnya akan dihubungi melalui emel.

Berbalik kpd kelas forex. Mengajar online sangat tidak mudah rupanya. Apatah lagi forex itu sendiri sesuatu yang susah. Mungkin kena buat webinar agaknya. Forex memang boleh buat duit, cuma perlu rajin dan sedia terima kerugian. Yang paling penting, kena banyak sabar, belajar dulu di demo kemudian bila dah ok baru lah trade dengan duit betul.

Sekarang aku duk fikir, samada nak mula kenakan caj pada pelajar ke – 7, atau teruskan bagi free macam tu.. hmm

Comments

2 Responses to “Kelas forex online..free pulak tu.”
  1. ZE says:

    nak blaja sekali boleh?=)
    ZE´s last blog ..::Tag – Adakah Aku Blogger Paling Friendly?:: My ComLuv Profile

  2. atoqa says:

    buat masa ni x larat..tengok lepas2 ni la klu cuckup masa blh buat kelas live face to face

Do you have any comments on Kelas forex online..free pulak tu. ?

Emailkan saya komen seterusnya