Semenjak akhir-akhir ni aku sibuk sikit. Banyak sangat perkara berlaku. Abang ipar kena denggi, aku dapat anak saudara baru, adik aku dapat result mantap dalam SPM beliau, aku dapat temuduga yang panjang lebar dan sebagainya, ayah suruh apply Diploma Pendidikan (DPLI), dan lain-lain lagi.
Kalau ada update pun, itu update yg simple di blog lain..sebagai lepas gian berblogging. Aku rasa belum lambat aku nak ucap tahniah pada pelajar cemerlang SPM tahun ni, termasuk adik aku. Pastu aku nak inform bahawa pada 16-18 March ni di UiTM Machang ada Selangkah ke Uitm. So, adik-adik yg dapat result SPM tu boleh lah pergi sana dan dapatkan khidmat nasihat utk apply mana universiti yg berkenan. Adik aku apply JPA, semoga berjaya dengan gayanya untuk beliau.
Aku suka jugak kebelakangan ini. Ada dua orang forex trader buka akaun dgn Instaforex dgn aku. Semoga mereka dapat untung banyak dalam trading mereka. Forex trading ni sebenarnya susah..banyak kena kawal emosi dan banyak kena belajar. Tapi bila dah pandai, berbaloi-baloi lah.
Ni la sedikit sebanyak update dari aku. Berkenaan Contest Kelantan Best..aku belum jumpa satu post yang mantap..rata-rata duk bercakap tentang Rantau Panjang, Wakaf Che Yeh, Pengkalan Kubur, Pasar Siti Khadijah. Point sama sahaja.






