Confuse =.=’ Naik ke turun?

February 19th, 2010 by BabyFx | Posted under BabyBlogger.

19-2-2010 eurjpy

Aku punya analisis utk long term, ialah bearish..tp nampaknya EURJPY tu macam nak naik. Kalau break lah line kuning akhir tu..tiga segi tu maknanya ia akan naik sekejap.

Malam tadi kawan aku cakap nak naik, tapi aku tak open position buy sebab aku tengok jam 1 pg tadi macam nak membentuk divergence di timeframe 30 minit, dan memang ada divergence di timeframe 30 minit iaitu garis purple tu yang menunjukkan ia akan turun.  Kalau aku salah, tolong betulkan.

So basic fibonacci aku untuk trade senang je, apa apa yang naik pasti akan turun dan sebaliknya. Paling biasa aku tengok kalau ia retrace di 38% fibonacci retracement maka aku set take profit target di 138%, kalau retracement di 62% maka take profit target aku di 162%. Play safe dan yang penting to protect our capital.

So selagi tiada divergence baru muncul di timeframe 15 minit, 30 minit atau 1 jam..maka trend turun ini aku jangka berterusan.  Melainkan ia naik melebihi 124.74. Kalau terus turun melebihi 121.37 maka target take profit seterusnya ialah dibawah 120.69.

Aku dah pening ni..so aku duk kat tepi tak masuk market. Menjangkakan ia akan naik sekejap, so aku tunggu kat mana nak masuk. Hepi trading.

PS: First time aku tulis pasal forex kat sini. huhu

Comments

3 Responses to “Confuse =.=’ Naik ke turun?”
  1. flygurl says:

    waaa…
    tengok saje pun dah pening…

  2. hans says:

    wa pun pening

  3. atoqa says:

    skrg dia duk merayap di area 50% dan 62%…bakal turun. kalau tak turun maknanya naik then rugi. hoho

Do you have any comments on Confuse =.=’ Naik ke turun? ?

Emailkan saya komen seterusnya