Spammer..sudah la tu..

February 12th, 2010 by BabyFx | Posted under Tip dan Trik.

Aku agak masih ramai rakyat Malaysia ni yang tak tahu apa itu spam. Meh aku jelaskan sikit, kalau bahasa aku kasar..itu kerana aku memang orang yg kasar.

Spam ialah aktiviti promosi yang sungguh menjijikan dan orang yg buat spam ialah orang yang sangat keji!

Al-Quds Travel, minta maaf aku terlalu berterus terang di sini.

Hari ni sebabkan aku ada banyak luang masa, maka aku log in ke Blogger aku, melihat-lihat blog-blog aku yang aku bina dulu-dulu di Blogger. Blog itu aku bina khusus untuk aktiviti tertentu, bukan untuk tujuan blogging. Sesetengahnya aku guna untuk upload gambar, adsense, dan sebagainya.

Yang menyedihkan aku, Al-Quds tanpa malu telah tak pasal-pasal menspam ruang komen. Eh, blog yang aku guna untuk letak gambar sahaja tanpa ada teks pun di spam juga dengan iklan Al-Quds Travel. Spam itu tahun 2009. Aku jarang cek blogger aku, aku lebih suka guna WordPress dan Joomla sebab tu aku jarang on di Blogger. Rupanya bukan blog aku sorang yang di”rogol”, bila aku search lagi dgn guna advance search di Google..banyak lagi blog lain yang kena.

Sengaja aku tunjuk kat blog ni dan aku tak nak berselindung, sebabnya mereka sendiri yang tidak malu melakukan spam dengan mendedahkan identiti mereka.

Ini dua screenshot aku tunjuk kat sini.

al-quds travel

al-quds travel kb

Antara bentuk spam lain ialah, kamu join satu sistem buat duit di internet kemudian kamu pun promosi sistem tersebut. Spam melalui inbox emel la yang paling biasa dibuat oleh para newbie. Spammer tidak akan bertahan lama. Bila kamu lakukan spam, aku akan mark as spam dan emel kamu yang seterusnya akan terus ke spam box.

Spam pada ruang komen seperti yang dibuat oleh Al-Quds itu dipanggil Splog. Apa sahaja namanya, spammer ialah mereka yang keji. Seolah-olah kamu datang ke rumah orang, kamu terus masuk ke dalam rumah tanpa bagi salam atau ketuk pintu.

Sekian terima kasih.

Comments

4 Responses to “Spammer..sudah la tu..”
  1. Spam ni cara orang nak dapat promosi secara cepat dah murah tapi menyusahkan dan merimaskan orang yang dapat spam tu
    Azizi Zulkefli´s last blog ..P1 Wimax – Satu Ulasan My ComLuv Profile

  2. Ridhuan says:

    Haha seb baik my blogger blog blom ade such spam.. kalo ade pun terus delete je.. x kira ape dia nak promote.. no free adverting.. kat other blog kadang2 tu geng porno dok wat spam..
    I suggest kt this blog u pakai Captcha or spam blocker. I use math comment spam protection. Dulu time tak pakai tiap hari mesti ada spam masuk.. skarang ni ada la jgk seminggu skali tapi yg hand written bukan dari Bots..
    Ridhuan´s last blog ..The Evolution of OLX My ComLuv Profile

  3. atoqa says:

    ridhuan, nampak gaya kena guna Captcha juga nanti. exchange link dgn ridhuan, ok

  4. Ayie says:

    adeh… blogger pun ada spammer macam tu ek.. aku ingat wp jer ada spammer.. hohohoh..spjg aku gunakan BS, xd la dapat comment spam mcm tu
    Ayie´s last blog ..Perdana Menteri Planet Pluto Marah My ComLuv Profile

Do you have any comments on Spammer..sudah la tu.. ?

Emailkan saya komen seterusnya