Sekali lagi aku nak bercakap tentang Facebook. Laman sosial yang aku selalu masuk. Disitu, biasanya aku berhubung dengan kawan-kawan sekolah dan universiti dahulu, termasuklah lecturer-lecturer aku. Ramai juga dari kalangan mereka yang ada dalam list aku. Di situ lah kami berhimpun selain untuk aku dapatkan signal forex daripada trader-trader lain.
Di Facebook, tidak perlu kawan yang ramai. Aku mahu kawan-kawan Facebook yang berkualiti yang boleh beri info berkualiti. Setakat status Facebook seperti “baru lepas breakfast”, “hari ni rasa malas” dan seumpamanya..nak buat apa. Jika wall kamu boleh beri sesuatu yang berguna untuk dikongsi, aku sudah tentu berminat untuk add kamu as friend tidak kisahlah nama kamu Upin dan Ipin.
Apa yang penting dalam laman sosial ialah identiti, tapi tidak semua maklumat diri boleh dipaparkan. Semua adik beradik aku join Facebook, tapi aku tak listkan dalam family tree. Berapa banyak blog dan website yang kita ada tak perlu disenaraikan semuanya. Aku cuma senarai satu core business, dan satu lagi yang aku mahu promot. Ini cara aku di Facebook,
- Tidak ada orang mahu berkawan dengan anonymous. Aku akan approve jika nama itu nama yang asal atau nickname yang memang digunakan mereka.
- Tiada orang boleh spam wall aku sebab aku dah tandakan nobody can post on my wall. Jadi, tiada sampah di wall facebook aku.
- Kecuali gambar-gambar tertentu, sesiapa yang tag aku dan jadikan gambar tersebut tempat chat..maka aku akan remove tag tersebut.
- Aku tak chat di Facebook. Langsung tak berminat untuk chat di Facebook. Melainkan orang itu seseorang yang aku tahu tidak bersembang kosong. Kerana chat clientnya tidak reliable dan putus-putus.
- Sesiapa yang spam inbox aku dengan iklan-iklan, mereka akan di remove. Sama juga jika mereka spam wall aku.
Setiap orang ada cara sendiri di laman sosial. Kebelakangan ini ada yang merajuk dgn aku gara-gara aku tak reply chat mesej dorang. hohoho Barulah aku tahu, sensitif rupanya chat mesej tak berbalas ni! Kerana itu jugalah post ini ditulis.






