Drupal. Bestkah?

February 8th, 2010 by BabyFx | Posted under BabyBlogger, Facebook.

Malam tadi, aku ada sembang-sembang di wall Facebook. Sembang antara best tak best Drupal dan dibandingkan dengan Joomla. Sehingga hari ni, dah masuk tahun ke tiga aku guna Joomla. Overall, Joomla rocks! Aku suka Joomla sama macam aku suka kamu!

Lepas sembang-sembang malam tadi, aku macam terpengaruh sikit dengan Drupal. Antara contoh laman web yang menggunakan Drupal ialah Malay Mail Online. Aku suka template Malay Mail Online tu, putih dan plain, senang dibaca memang feveret aku. Hohoho Manakala web yang guna Joomla pun banyak..tak perlu lah aku tunjuk di sini.

Apa yang best dengan Drupal?

Drupal sama seperti Joomla dan WordPress, iaitu sejenis Content Management System (CMS). Drupal boleh buat apa yang Joomla mampu buat. Tapi, Drupal bukanlah mudahlah sangat, jadi kalau bukan seorang yang techy dan tidak mahu belajar, lebih baik lupakan sahaja. Ia lebih kepada developer yang suka custom custom, mempunyai support yang kuat (macam mana kuat tak tahu, tapi dorang kata kuat. Aku agak mungkin lebih kuat dari Joomla).

Dikatakan juga, Drupal mampu digunakan untuk membina web super sempoi yang boleh mengatasi web-web lain. Wah! Menariknya.

http://www.smileycodes.info

Tapi malangnya agak sukar bagi baby macam aku nak fully utilized Drupal, sebabnya orang kata Drupal tidak begitu friendly user dan sukar bagi newbie yang berpengatahuan tak banyak tentang code. Antara lain, untuk menghidupkannya pula mengambil masa yang lama dan kos yang banyak (dibandingkan dengan Joomla dan WordPress).

Apapun, dalam satu dua minggu ni, aku nak cuba belajar guna Drupal dulu. Kalau rasa boleh go on, nanti aku share kat sini. Buat masa ini, aku cinta Joomla dan WordPress. Muaahhh!

Comments

2 Responses to “Drupal. Bestkah?”
  1. Ayie says:

    Pada aku, joomla senang sebab ramai yang gunakannya. Yolah drupal ni macam benda baru jer.. hohohoh
    Ayie´s last blog ..Perdana Menteri Planet Pluto Marah My ComLuv Profile

  2. BabyFx says:

    drupal dah lama sangat dah bro.. suma dah complete dan lebih sesuai utk web developer. suma dah ada dalam tu..

Do you have any comments on Drupal. Bestkah? ?

Emailkan saya komen seterusnya