Ini aku cukup tak suka. Bak kata Najib, berubah-rubah macam cuaca. Facebook interface berubah lagi hari ni. Tadi, sebelum Tok Guru Nik Aziz rasmikan Facebook Tok Guru, interface tu belum berubah, sekarang lepas rasmi Facebook beliau, interface pun berubah. Oh, ada kaitankah? Tak pe, sebab Facebook masih free, maka ia masih boleh digunakan. Kalau kena bayar, memang dah lama aku tinggalkan Facebook dan mungkin beralih angin ke Linkedin ataupun Xing (ops, tapi Xing ada bayaran untuk premium servis mereka, Facebook semua free malah boleh buat duit lagi di Facebook).
Ini ialah Facebook pada 2004.

Dan ini pula Facebook yg terbaru, Februari 2010
Oh ya, mungkin Facebook kerap update interface kerana ingin tunjuk mereka ni kuat bekerja. Jadi, aku sudah tidak hairan. Sekarang yang hairannya ialah..ramai sangat orang kita yang tolong promosi Facebook, termasuklah BabyBlogger. Termasuklah Digi, Celcom dan Maxis dalam iklan-iklan mereka. Golongan biru pun tadi, di UiTM Kampus Machang duk sibuk promosi Facebook dan blog..dalam masa sama golongan hijau duk buat Hi-Tea Kelantan Facebookers.. Agak-agak la, mungkin banyak kelas yang diminta ditunda supaya pelajar-pelajar UiTM Kampus Machang dapat hadir ke talk tersebut. Kesian dorang.. Apapun, Facebook memang lubuk yang bagus untuk marketing.






