0

Cara report email phishing di Gmail

Posted February 7th, 2010.Share

Simple tip menggunakan Gmail, ni aku tulis post ni sebab baru je terima satu emel phishing yang berkenan dengan password emel Gmail aku. Maklum sahaja, kita guna emel untuk hampir semua perkara melibatkan duit kan sekarang, apa lagi jika menggunakan PayPal. Hohoho Cuma yang penting, perlu sentiasa berwaspada. Sebenarnya, emel phishing yang menyamar sebagai Gmail Team ni dah lama aku tak terima. Sekarang terima balik. Adakah penapis Gmail sudah bocor hari ni?

Biasanya, apabila terima emel yang mencurigakan..aku cek dulu penghantar emel berkenaan. Klik pada Show Details dan akan keluar maklumat penghantar emel. Macam dalam gambar tu,
from:Team<accounts@gmeadmailcenter.com>

So, sudah terang lagi bersuluh bukan Gmail yang hantar emel tersebut. Malah Gmail sama sekali tidak akan hantar emel meminta Username dan Password dari kita. Ingat tu. Sama juga dengan pihak bank (Maybank2u, CimbClicks, Bank Islam Biz dan lain..mereka tak akan minta password dan user id kamu). Be extra careful bila terima emel yang minta benda-benda macam tu. Semua ini tanggungjawab kita sendiri untuk jaga keselamatan akaun kita.

Klik imej untuk paparan lebih besar.

cara report emel phishing di gmail

Jadi, bila jadi macam tu, terus sahaja klik button anak panah ke bawah disebelah perkataan reply (macam dalam gambar) dan klik Report phishing.

Kemudian, akan keluar pop-up seperti berikut:

Phishing is a form of fraud in which a message sender pretends to be a representative of a legitimate organization in an attempt to trick the recipient into divulging important personal information like a password or bank account number. Learn more If you believe this message is a phishing attack, you can report it to our abuse team and help us thwart this attack and others like it. Reporting this message as an attack will send the entire message to our team for review.

Dan klik sahaja pada Report Phishing Message.

PS: Aku cukup benci spammers, hackers.  http://www.smileycodes.info

Filed under BabyBlogger Tip dan Trik

Leave a Comment