0

Delete link di footer blog

Posted January 29th, 2010.Share

Aku pernah cakap dulu, sebolehnya untuk blogging ni aku cuma nak keluarkan modal domain dan hosting sahaja. Bukan kedekut, tapi good money management. Kita download yang free, pastu kita edit supaya nampak lain sikit daripada apa yang pencipta themes tu buat.

Cara ini dari segi etika sudah tentu tidak bagus. Ni pun orang yg ajar aku, beliau kata, teknik ini ialah Black Hat technique, cuma sikit sahaja yang kita ubah iaitu kita ubah di bahagian footer.php dalam themes atau template yang kita download percuma tadi. Beliau kata, dibahagian paling bawah blog terdapat, contohnya,

This blog is powered by Wordpress.com, theme designed by dagon.

Jadi, mudah sahaja iaitu kita cuma buka fail footer.php (pertamanya extract dahulu folder yg didownload, dan pilih fail footer.php, right klik dan pilih edit. Biasanya ia akan dibuka dalam note pad, atau PSP Pad. Kemudian gantikan link www.wordpress.com kepada link blog kita, atau apa-apa link yang kita mahu.

Kenapa kita kena ubah? Kerana, bukan kita seorang sahaja yang download themes tersebut. Malah ramai lagi orang lain yang download themes dari tempat yang sama. Jadi, supaya kita nampak lain di mata enjin carian, kita kena ubah sikit supaya nampak unik. Analogi mudahnya begini, apabila dalam satu majlis rasmi yang mana semua orang pakai pakaian rasmi, tiba-tiba seorang pakai pakaian badut..kita tentu akan perasan kewujudan orang itu. Kerana dia unik. Tapi kelau tak nak ubah tak pe.

Filed under BabyBlogger

Leave a Comment