Ini antara plugin top untuk Joomla, iaitu plugin untuk buat supaya laman web anda mempunyai pelbagai bahasa. Contohnya anda mahu laman web anda dalam dwi bahasa, iaitu bahasa melayu dan bahasa inggeris. Tak mungkin kita nak bina dua laman web yg berlainan semata kerana mahu dua bahasa bukan?
Jadi cara termudah ialah dengan menggunakan extension yang terdapat untuk Joomla. Ini aku nak cadangkan Joomfish. Kenapa fish dan bukan Joomchicken? Itu aku tak tau =.=”
Boleh je kalau nak guna Google Translate, tapi sepanjang pengalaman aku menggunakan Google Translate, terjemahannya kadang-kadang tidak membawa maksud yang kita mahukan. Bukan itu je, tatabahasa pun berterabur. Silap maklumat, bahaya!
Ini link untuk download Joomfish. Download dan install ke Joomla anda, kemudian belajar untuk menggunakannya di sini. Baca dan ikuti langkah-langkah dalam tutorial tersebut dan cuba praktikkan di laman Joomla anda.
Ingat, terjemahan bukan sahaja pada kandungan artikel, tapi termasuk juga module, menu, nama-nama link dan sebagainya.
Cara menggunakannya agak simple. Tapi simple bukan bermaksud mudah! Follow stepnya dan insya Allah akan menjadi.




