Ini basic sahaja dlm nak beli domain. Kalau anda mahu, Google sahaja dan dah tentu akan dapat jumpa cara beli domain. Domain aku kebanyakan dibeli dari Ecommercemastery dan juga Internet Webhosting.
Domain ini ialah nama website, macam nama kedai juga. Contohnya, www.uitm.edu.my. Itulah nama domain. Nama domain dan hosting biasanya dijual bersama macam pakej, ada juga dijual berasingan.
Hosting pula ialah tempat kita letak laman web atau blog kita. Kalau domain name diibaratkan nama kedai, maka hosting diibaratkan rumah. Di situ la kita akan letak dokumen-dokumen berkaitan laman kita.
Hosting ni, pakejnya pelbagai. Bolehlah survey di internet ni utk cari penyedia hosting yang best. Macam aku, aku guna hosting Internet webhosting, pakejnya beri ruang simpanan yang besar. Shared hosting lah. Iaitu 5GB 10GB pada harga RM80 setahun. Sekarang ni mereka sedang buat promosi kpd 10GB pada harga sama. Murah kan? Tapi aku kalau nak guna hosting itu untuk website Joomla, aku guna yang EcommerceMastery. Kenapa? Kerana aku mahu begitu.
Jadi, kita boleh beli domain dan hosting dari penyedia yg sama, atau dari penyedia yang berlainan.
Paling penting bagi aku yg mesti ada pada hosting yg dibeli ialah, Fantastico. Tak ada Fanstastico, aku tak beli.







