Hari ni kelas asas animasi 3D aku bermula di Darul Digital. Wah, rupanya kerajaan negeri ada peruntukan yg banyak untuk multimedia di Kelantan ni. hohoho
Bayangkan tangan aku yg keras ini, jari-jari yang selama ini duk tekan-tekap keyboard dan kalkulator, jari yang entah ke mana seninya. Ini benda baru yang aku buat! Dalam kursus ini, bukan animasi sahaja yg diajar, malah perfileman. Jadi, dalam 2 bulan kursus ini, aku kena siapkan 3 projek. Iaitu projek animasi 2D, 3D dan short filem.
Sebetulnya aku memang amat jarang menonton filem..malah televisyen pun aku jarang tonton melainkan ada sesuatu yg menarik mata aku melekat di tv. Itu pun berita Buletin Utama selain dahulu ada aku tonton telenovela Sepanyol. Sekarang ini kebanyakan masa aku habis bersama laptop, mengadap blog dan website serta metatrader.
Adakah aku minat? Jujurnya tidak. Tapi kenapa aku daftar? Kerana aku nak cuba.
Ada beberapa perkara menarik dalam kelas pagi tadi. Oh ya, ini pertama kali dalam hidup aku duduk dalam kelas yang majoriti bangsa lain. Sekolah rendah dulu, aku sekolah di sekolah kebangsaan kemudian ke sekolah menengah ugama Arab, kemudian ke UiTM. Di UiTM sudah tentu tiada bangsa lain selain Melayu. Semasa sekolah menengah, ada juga pelajar-pelajar dari negara asing, tapi mereka minoriti iaitu cuma beberapa orang sahaja. Tak macam hari ni.
Sesi suaikenal yg melucukan pun ada. Seorang pelajar cina beritahu pada pengajar dalam bahasa Melayu, “Encik, saya tak boleh cakap Melayu”. Seorang lagi pula apabila ditanya seorang rakan lain, “kamu agama apa?” Dijawabnya, “agama?” Si rakan bertanya lagi, “Religion?” Di jawabnya, “entah lah aku tak tahu..Kristian kot..maybe Budha”..
Manusia ini memang pelbagai. Seronok memang seronok. Sekarang seorang budak akaun ditaja untuk belajar animasi. Kalau tiba-tiba aku rasa tak minat..terus sahaja aku berhenti.






