Ya, macam dah beralih bidang pulak aku semenjak akhir-akhir ni. Kerja malas nak cari. Asyik dengan internet je. Mungkin parent aku dah boring tengok aku duk depan laptop je kerjanya.
Hari ni sabtu, esok ahad. Maka kelas animasi di Darul Digital yg dekat KB Bazar yang aku register dulu tu akan mula esoklah. Gatal betul aku pergi register. Tawaran tu menarik. Yuran Kursus Animasi tu Rm1500 kita cuma bayar RM100 je dan selebihnya kerajaan negeri yg support. Yang penting cuma minat untuk terlibat dengan animasi ni.
Apasal dulu aku minat, sekarang rasa malas pulak nak pergi kelas. Mungkin jadualnya yang panjang agaknya iaitu dari jam 9 pg hingga 5 petang. Macam office hours tu. Maknanya aktiviti forex dan blogging aku mungkin terjejas.
Tak apalah, lagipun aku full time blogger yg full time duk di rumah. Jadi aku ada banyak masa. hohoho Mana tahu nanti aku ada syarikat produksi sendiri! Nak buat watak kartun UPON APON pulak! Test dulu esok, kalau tak menarik, aku berhenti!






