BNM – Skim urusniaga matawang asing haram

January 7th, 2010 by BabyFx | Posted under Berita berkaitan.

Orang ramai selalunya dipujuk untuk menyertai pelaburan atau program latihan seperti ini dengan janji pulangan yang cepat dan lumayan. Modus operandi program termasuk:

  • Menawarkan latihan, seminar atau bengkel percuma untuk mengumpan para pelabur, sebelum mempelawa mereka untuk membuka akaun urus niaga mata wang asing dalam talian dengan syarikat induk (kononnya mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan urus niaga mata wang asing di luar negara);
  • Menyediakan akses mudah kepada laman sesawang syarikat induk dan kemudahan urus niaga bagi menyenangkan pelabur menjalankan urus niaga mata wang asing secara dalam talian;
  • Pengambilan siswazah baharu sebagai eksekutif pemasaran dan menggalakkan mereka untuk melibatkan keluarga dan rakan-rakan mereka dalam urus niaga mata wang asing; dan
  • Menghendaki pelabur menyimpan sejumlah wang dalam akaun bank bagi memulakan urus niaga mata wang asing, dan seterusnya meminta mereka menambah pelaburan permulaan (panggilan margin) bagi mengelakkan kehilangan modal.

Di atas merupakan pesanan kepada rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan orang atau syarikat yg offer benda-benda macam tu. Bank Negara Malaysia merujuk kepada transaksi tukaran asing yg macam pengurup wang tu. Bukan trading forex macam yg aku duk buat ni.

Imbas kembali, sewaktu aku di UiTM dahulu ada la sorang mamat ni call aku, kononya kita invest dgn company dorang dan mereka trade forex tu untuk kita. Adalah beberapa % keuntungan yg dinyatakan. % Keuntungan itu berdasarkan agreement yg kita tandatangan dgn mereka. Orang yg datang jumpa aku tu lelaki siap bawa document tentang Saxo Bank lagi, mengatakan mereka ini dijamin oleh Saxo Bank. Tapi, sebab aku dari awal dah tahu benda-benda macam ini, maka aku tak lah labur duit untuk dorang. Lagipun, ianya sound too good to be true. Dan aku anggap sahaja ianya scam. Maka baliklah mamat itu dengan tangan kosong. Apa yg penting kat sini ialah, bukan kerjasama. hohoho Yang penting ialah kita kena ada sikap skepticism. Yalah, kalau betul boleh bagi untuk sedemikian, kenapa nak tolong trade untuk orang lain? Trade lah sendiri dan untung sendiri-sendiri, tak payah share-share dengan orang lain.
Tengok tu, bunyinya macam aku ni tamak kan? Bukan tamak, itu kalau untung baguslah. Tapi kalau rugi, macam mana? Siapa yang rugi? Sudah tentu orang-orang yang bagi duit itu yang rugi. Syarikat tu tak rugi apa pun. Malah mereka mungkin untung, mereka mungkin introducing broker! Mereka buka akaun dengan broker tertentu dan dapat komisen dari situ.
Ini link ke berita tersebut. Dan ini komen aku kawan sifu aku yang kacak tu.

Do you have any comments on BNM – Skim urusniaga matawang asing haram ?

Emailkan saya komen seterusnya